Bismillahirrahmanirrahim
Malam ini adalah malam pertama Ramadhan 1428. Masjid dan surau penuh dengan masyarakat Islam yang datang untuk menunaikan sunat Tarawih berjamaah bersama-sama. Pengumuman di Masjid MiTC malam ini katanya, solat Tarawih akan dilakukan sebanyak 8 rakaat, dan 3 witr. Selepas solat Tarawih akan diadakan pula tadarus, dan orang ramai diminta untuk sama-sama memeriahkan majlis yang akan berlangsung setiap malam sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Oh ya, pihak masjid juga menjemput orang ramai untuk mengambil bubur lambuk mulai jam 5.30 petang.
Moga masjid dan surau terus meriah dengan majlis ibadah Ramadhan ini Insyaallah. Selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslim yang saya hormati dan saya muliakan.
