Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Firman Allah swt:
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
Maksudnya: “…Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.”
Jika anda ingin mengetahui betapa kebahagiaan, kenikmatan kelazatan dan kerehatan yang terdapat di dalam keimanan, maka dengarlah cerita yang pendek ini:
Pada suatu hari, dua orang lelaki keluar berjalan untuk tujuan bersiar-siar dan berniaga. Salah seorang daripadanya yang merupakan seorang lelaki yang ego dan celaka berjalan menuju ke suatu pihak. Manakala yang seorang lagi pula adalah seorang yang baik dan bahagia menuju pula ke suatu pihak yang lain.
Lelaki ego dan takbur itu yang juga adalah seorang yang berpendirian pesimis menemui sebuah negeri yang amat buruk dan teruk pada pandangannya, selaras dengan pendiriannya yang pesimis itu. Ke arah mana sahaja yang ditujunya, dia hanya nampak orang-orang lemah dan miskin yang menjerit dan melolong akibat dipukul oleh beberapa orang lelaki yang jahat dan keras, juga disebabkan perbuatan mereka yang memusnahkan. Dia melihat suasana yang menyedihkan ini di semua tempat yang dilawatinya, sehingga seluruh negeri tersebut pada pandangannya adalah sebuah tempat perkabungan yang besar. Dia berpendapat hanya arak yang boleh mengubati segala kesakitan dan kesedihan yang dihadapi. Lalu dia mencampakkan dirinya ke dalam kemabukan agar dia tidak merasakan hal keadaan dirinya sendiri, kerana semua penduduk di dalam negeri tersebut pada pandangannya telah menjadi musuh yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk memusnahkannya dan orang asing yang sentiasa berpura-pura di hadapannya. Oleh itu, dia sentiasa berada dalam azab rohani yang menyakitkan kerana melihatkan mayat-mayat menggerunkan dan kanak-kanak yatim yang menangis dengan tangisan yang menyayat hati yang berada di sekitarnya.
Manakala lelaki kedua pula adalah seorang hamba Allah yang baik dan sentiasa mencari kebenaran. Dia juga memiliki akhlak yang baik. Dalam perjalanannya itu, dia menemui sebuah kerajaan yang baik yang pada pandangannya adalah sebuah negeri yang amat indah dan menawan.
Dalam negeri yang dimasuki olehnya, dia dapati pelbagai perayaan dan pesta sentiasa diadakan. Setiap inci dan sudut buminya dipenuhi dengan kegembiraan dan keriangan. Pada setiap tempat terdapat mihrab untuk berzikir. Setiap orang penduduk negeri ini menjadi teman yang amat rapat dan amat dikasihinya. Kemudian dia juga melihat seluruh negeri tersebut mengisytiharkan pengumuman pengecualian daripada tugas yang mendapat sambutan laungan kegembiraan yang disertai dengan kata-kata kesyukuran dan pujian. Dia juga mendengar daripada kalangan mereka nyanyian lagu-lagu semangat dan patriotik yang dimainkan oleh orkestra, disertai dengan laungan takbir dan tahlil yang penuh bersemangat kerana perasaan gembira dan bangga terhadap mereka yang dimasukkan ke dalam khidmat ketenteraan.
Ketika lelaki pertama yang pesimis itu sibuk dengan kesakitan dan penderitaan manusia seluruhnya, lelaki kedua yang bahagia dan optimis itu pula berada dalam keadaan gembira dan bahagia bersama-sama dengan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Di samping itu, dia juga mendapat keuntungan yang diberkati daripada perniagaan yang dijalankan, lalu dia bersyukur dan memuji tuhannya.
Apabila lelaki kedua itu pulang semula ke negeri asalnya dan bertemu ahli keluarganya, di sana dia bertemu dengan lelaki pertama. Lelaki kedua bertanya tentang khabarnya, lalu lelaki pertama menceritakan segalanya. Mendengarkan ceritanya, lelaki kedua berkata:
“Alangkah gilanya engkau! Sesungguhnya kejahatan yang ada di dalam batin engkau telah tercerna keluar kepada zahir engkau, sehingga engkau menyangka setiap senyuman merupakan jeritan dan air mata serta setiap perlepasan dan percutian sebagai perampasan dan perompakan. Kembalilah kepada kewarasan dan sucikanlah hati engkau… Semoga selaput keras yang menutupi terpelanting daripada kedua kelopak mata engkau… dan semoga engkau dapat melihat hakikat berdasarkan wajahnya yang sebenar. Sesungguhnya tuan punya kerajaan ini berada pada tingkat keadilan, kerahmatan, ketuhanan, kekuasaan, penyusunan dan kelembutan yang tertinggi… Sesungguhnya kerajaan yang berada pada tingkat kemajuan dan ketinggian tersebut yang kesan-kesannya dapat engkau sendiri lihat dengan nyata, sudah pasti tidak mungkin sama dengan gambaran yang digambarkan oleh sangkaan engkau itu.”
Setelah mendengarkan kata-kata kawannya itu, lelaki yang celaka itu mula berfikir dan kembali kepada kebenaran sedikit demi sedikit. Dia berfikir menggunakan akalnya dan berkata dengan penuh penyesalan:
“Ya. Memang aku gila kerana terlalu banyak mengambil minuman arak… Semoga Allah meredai engkau. Engkau telah menyelamatkanku daripada neraka kecelakaan.”
Wahai diri!
Ketahuilah bahawa lelaki pertama itu adalah seorang kafir atau fasiq yang alpa. Dunia ini pada pandangannya hanyalah sebuah rumah besar untuk meratap dan merintih. Semua hidupan di atasnya adalah anak yatim yang menangis kerana terkena pukulan dan tamparan kehilangan insan tersayang..
Manusia dan binatang hanyalah makhluk terbiar tanpa penjaga dan pemilik serta akan menghadapi kemusnahan akibat dicarikkan oleh ajal maut kematian..
Benda-benda wujud yang besar seperti gunung dan lautan pula adalah sama seperti mayat yang sudah reput dan keranda yang menakutkan..
Sangkaan dahsyat dan menyakitkan seumpama ini yang lahir daripada kekufuran dan kesesatan manusia akan menyebabkan dia berada dalam keadaan azab kejiwaan yang amat pahit.
Manakala lelaki kedua pula adalah seorang mukmin yang mengenali tuhannya dengan sebenar-benarnya seterusnya beriman denganNya. Dunia pada pandangannya adalah sebuah tempat berzikir kepada tuhan dan medan untuk belajar dan mendapat latihan bagi manusia dan binatang. Dunia juga adalah medan ujian dan dugaan bagi manusia dan jin..
Segala kematian yang berlaku sama ada kepada manusia dan binatang merupakan perlepasan daripada jawatan dan penamatan perkhidmatan. Mereka yang telah menamatkan tugas-tugas kehidupan meninggalkan dunia yang fana’ ini dalam keadaan gembira secara maknawi, kerana mereka sebenarnya berpindah ke sebuah alam yang tidak mempunyai kebimbangan, sunyi daripada kekotoran material dan segala jenis penyakit yang berlaku setiap masa dan di setiap tempat, serta tidak mengandungi sebarang ketakutan terhadap segala bentuk kesusahan dan kesulitan. Perpindahan mereka adalah bertujuan untuk membuka medan seluas-luasnya kepada petugas-petugas baru yang datang melaksanakan tugas mereka..
Manakala segala kelahiran yang berlaku sama ada di kalangan manusia dan binatang merupakan proses perkaderan ketenteraan, penerimaan senjata dan penerimaan tugas serta tanggungjawab. Setiap makhluk merupakan pegawai dan tentera yang gembira, menurut perintah, jujur, redha dan berpuas hati..
Suara-suara yang kedengaran dan gemaan yang terpantul di seluruh dunia pula merupakan zikir dan tasbih yang diucapkan ketika menerima tugas dan permulaan melaksanakannya. Atau ia adalah lafaz kesyukuran dan tahlil yang diucapkan sesudah sesuatu tugas selesai dilaksanakan. Atau ia adalah melodi yang lahir hasil daripada kecintaan dan kegembiraan terhadap tugas yang dilaksanakan..
Segala makhluk yang wujud pada pandangan si mukmin ini adalah khadam (orang suruhan) yang menggembirakan, para pegawai yang menjadi kawan karib dan kitab yang manis bagi tuannya yang maha mulia lagi maha mengasihani.. Demikianlah bagaimana keimanan yang dimilikinya menampilkan pelbagai hakikat seumpama yang telah disebutkan yang amat seni, tinggi, lazat dan mendalam.
Oleh itu, iman memang mengandungi sebiji biji benih maknawi yang terbelah daripada pohon ‘Tuba’ yang kedapatan di syurga.
Manakala kekufuran pula menyembunyikan bijian maknawi tersebut yang telah diludah oleh pohon ‘Zaqqum’ neraka jahannam.
Oleh itu, keselamatan dan keamanan hanya terdapat di dalam Islam dan iman.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengulangi:
Segala pujian terhadap nikmat agama Islam dan kesempurnaan iman.

terimah kaseh ya ukhti!
could you add my website also to your blog?
jendrami.wordpress.com
salamat
Assalamualaikum,
Terima kasih to u too for visiting my blog, Jendrami
Allah razi olsun..
Sizde “Genclik Rehberi” ve “Hanimlar Rehberi” mevcud mu?
bahasa malaysia olarak diyorum….
Selam Jendrami,
Genclik Rehberi var, ama Hanimlar Rehberi henuz cevrilmedi.. Siz nerde oturuyorsunuz simdi, agabeyim/ablam? Malayca konusa biliyormusunuz?
Ve aleykum selam ayza gursoy ablam!
Ben almanyada yasiyorum, erkek ögrenciyim.
Ve en azindan sizin türkce bildiginiz kadar “bahasa malayu” bilseydim, belki profesör olurdum galiba:-)
Evet benim aldigim bilgi de ögle: G.R. cevrilmis diye.
KL de bir türk arakdasin numarasini almistim, malesef simdiye kadar ondan bir haber alamadim.
Belki siz bana yardimci olabilirsiniz diye düsünerek, size sorayim dedim.
selametle