Sat, 11 Mar 2006 06:21:32 -0800 (PST)
Assalamualaikum Kak Ngah, apa khabar? Harap semuanya okay. Aja, Mak, Mehmet, Amun semua sihat.
Ngah, e-mail ini untuk beri panduan pada pochik kat İstanbul nanti.
1. Pochik sampai airport, lepas chop pasport, collect bag dan pergi cari tempat tukar wang dulu.
2. Lepas tu, takyah declare barang apa2 terus keluar dari bangunan. Kalau pochik nak naik teksi pun boleh, tapi harganya RM65. Kalau train Metro, baru RM3 atau RM4 je.
3a. Katakan Pochik nak naik teksi, cakap kat dia nak pergi ESENLER OTOGAR. Sampai sana Pochik cari signboard besar tulis PAMUKKALE. Kat sana Pochik minta tiket bas ke Denizli, dan diorang akan charge lebih kurang YTL35. (YTL 1 = RM 2.79)
3b. Kalau naik train, depan pintu keluar dr airport tu, seberang jalan Pochik masuk bangunan depan tu. Ada lif, turun bawah ke tingkat 0. Keluar, hala ke kiri dan jalan lebih kurang 200 meter. Pochik akan nampak ramai orang kat bhg kiri, ada kaunter, Pochik gi kat kaunter dan beli token. Cakap kat cashier tu, Esenler Otogar.
4. Dapat token, masuk dan tunggu tren. Tak kisah le kiri ke kanan ke, dua dua bahagian tren leh naik. Naik dan pochik perhati setiap stesen yang dia berhenti, ada nama utk setiap perhentian. Dalam tren pun ada announce dah sampai mana.
5. Katakanlah dah sampai, Pochik keluar dr tren, dan naik escalator ke bahagian atas. Kat atas nanti baru pochik nampak banyak syarikat bas punya syarikat, dan pochik gi kat Pamukkale nyer perhentian/syarikat. Ada tempat menunggu kat situ.
6. Dah sampai Pamukkale, pergi tanya kat kaunter utk tiket bas pergi sahaja, untuk ke Denizli. Harga dia sama macam kat atas tadi, YTL 35.
7. Kalau tiket ke Denizli dah abis, nasiblah.. kena tunggu kat istanbul je le nampaknya..
8. Ehehe takdelah camtu, kalau tiket dah abis, Pochik gi kat syarikat bas lain, semua dekat2 situ je.. Pilih bas Ulusoy atau Varan. Varan ni paling mahal. Tapi Pamukkale lah kalau boleh…
9. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 10 jam, dan akan berhenti 2 kali lebih kurang di tempat rehat.
10. Sampai ke Denizli, Pochik call. Mehmet akan datang turut pochik.
11. Mehmet, Aja, Mak, Amun, dan semua harap pochik selamat sampai… Amiiinnn..
Ngah, tolong printkan utk Pochik eh. Thanks a lot Kak Ngah. Ngah, tengok2kan kedai eh Ngah. Hari ini parcel yang sepatutnya Mak Mehmet antar tu, kan tersadai kat Istanbul dah dekat 2 bulan, baru hari ni courier dari Istanbul sampai dan tak pasal2 Aja kena bayar lagi kat RM250 utk charge courier tu.. Bengang oooo..
Sehingga jumpa lagi, salam sayang dr kami semua utk Kak Ngah sekeluarga. Mehmet kirim salam, mak dia semua kirim salam juga..
Allah’a Emanet Olun…
Nurhaiza Hj Zubir
__________________________***______________________
Pulang dari Mars Cafe malam itu, waktu sudah lewat. Hawa terlalu sejuk. Hujan renyai bercampur salji halus berterbangan di bawa angin malam. Esok pagi Ogy akan berlepas dari Malaysia.
Keesokan harinya, saya menerima e-mail daripada Mazby. Emel panduan ringkas itu telah diberikannya kepada Ogy.
‘Segala aturcara telahpun diterima. Taklimat ringkas akan diberikan kepada peserta sebentar lagi. kami di Malaysia berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada peserta Explorace kami ini…’
Saya tersenyum membaca intro emel dari Mazby. Mazby belajar di UTP, dan sanggup datang dari universitinya ke KLİA semata-mata untuk berjumpa nenek dan kami semua sebelum bertolak seminggu yang lepas.
Ogy selamat sampai di Istanbul lebih kurang jam 4 petang. Saya dan Mehmet kebetulan ada di kawasan Cinar, duduk menanti panggilannya.
“Selamat datang bang.. Alhamdulillah!” kata Mehmet di corong telefon. “Saya ada di luar ni, ada apa-apa abang telefon saya,” beritahu Mehmet.
Saya masih duduk-duduk di bawah pohon besar berdekatan masjid di Cinar. Telefon berbunyi.
“Kenapa bang?” muka Mehmet berkerut.
“Eh kenapa macam tu? Hmm.. okay bang!” katanya lagi.
“Apa hal?” tanya saya.
“Ogy kata tiket bas tak ada. Duit dah diberi, tapi tiketnya belum lagi. Waktu bertolak pun tak tahu bila, mungkin kena ambil bas tumpang.. kenapa ya?” kata Mehmet.
Mehmet menelefon Ogy.
“Bagaimana, bang?”
“Abang berikan pada saya, biar saya cakap dengan petugas tu!” tegas Mehmet.
“Apa halnya ni?” saya mula panik.
“Bang, minta balik duit dan keluar dari situ bang.. biadap sangat orang tu!” kata Mehmet. Talian terputus.
“Mereka tak beritahu waktu bertolak, duit mereka ambil dan tidak beri tiket. Kemudian harga yang diletak pula bukan main mahal dari biasa. Penipu!” jelas Mehmet.
“Habis tu?” tanya saya. Mehmet cuba menelefon Ogy lagi.
“Bang, abang dah keluar? Abang di mana sebenarnya? Pejabat bas Pamukkale ya?” tanya Mehmet.
“Hmm? Paklale atau Pamukkale?” Mehmet mengerutkan dahinya.
“Paklale ya bang? Padanlah.. Abang pergi ke pejabat Pamukkale. Nanti saya telefon lagi.”
“Sekarang apa?” tanya saya.
“Ogy di Paklale, bukan Pamukkale..” senyum Mehmet.
Kami tersenyum. Tampak sama saja ayat Pamukkale dan Paklale. Sebentar kemudian Ogy menelefon kami dan kini dia berada di pejabat yang betul.
“Pukul 7.30 malam ni ya bang? Okay bang, nanti saya akan telefon abang sepanjang perjalanan nanti..” kata Mehmet.
Saya menelefon Mak memberitahu tentang Ogy. Saya juga menulis emel memberitahu Kak Ngah bahawa peserta ‘Explorace’ kami telah selamat sampai.
Kami masih di luar. Ertugrul dan Mak di rumah bersama Anne dan Baba. Saya dan Mehmet berjalan mencari kedai-kedai buku untuk membeli bahan bacaan. Saya carikan Ertugrul buku kanak-kanak bahasa Turki, Cevşen el Kebir, Al Qur’an, buku masakan dan buku jahitan.. Singgah di Gün Market membeli makanan untuk dimasak dan sebelum pulang Mehmet menelefon lagi. Ogy sudah pun bergerak meninggalkan İstanbul.
Anne mengeluarkan yorgan, bantal dan alas yang baru. Saya menyarungkannya dan menyediakan tempat tidur untuk Ogy. Sebelum tidur, saya menerima SMS daripada Ogy, ‘Pochik di WC. Apa maksud Bayan?‘
Saya tergelak. Jangan pula dia masuk ke WC Bayan!! Saya segera membalas SMSnya, ‘Bayan untuk perempuan! Jangan masuk!’
SMS tak berjawab. Saya menghantar lagi, ‘Pochik masuk tandas mana?’
Selang 30 minit kemudian saya menerima SMS dari Ogy -’Bayan!’
-willbecontinued-

Salaam Ramadhan Kak Ayza,
Kak jauh jgk Pamukale yer dari istanbul, tempat best tu.
Kak bila nak sambung citer di istanbul ni, dah ketagih ni…seronok…
Seronok ke sana rakyatnya baik..
Salam Miqdad,
Berkesempatan nanti datanglah melihat keunikan Pamukkale.. (wah promote ~!) Akan bersambung, Insyaallah..