Hari ini kami menziarah saudara-mara di Telok Mas. Sudah bertahun-tahun saya tidak berjalan raya bersama-sama keluarga. Kami ke rumah Cikgu Halimah, kemudian ke rumah Busu Jalil. Anak bongsunya adik Busra sudah besar dan manis sekali. Kali terakhir saya bertemunya umurnya masih kecil sewaktu Busu Jalil meninggal dunia. Kami ke rumah Long Marbi, tetapi pintu berkunci. Beralih ke rumah Nek Tom di Peringgit. Sebelah matanya tidak lagi dapat melihat, dan berkerusi roda. Anak bongsu Kak Midah yang dahulu saya lihat masih bayi, tadi pantas membantu ibunya menghidang air dan kuih muih. Mereka gembira bertemu Ertugrul. Dan Ertugrul sempat memperkenalkan dirinya, “Nama saya Mulis Etuy Gashi Gushoy (Mukhlis Ertugrul Gazi Gursoy).”
Sungguh saya rasa gembira hari ini, bertanya khabar dan mendapat berita tentang ahli-ahli keluarga yang telah lama saya tidak jumpa. Sejak ayah saya meninggal dan kami berpindah dari Permatang Duyung ke Ayer Keroh, jarang-jarang kami berjumpa. Lebih lagi saya anak bongsu, ramai yang tidak pasti siapa saya.
Syukurlah, hari ini hubungan dipererat semula, moga Allah menyambung silaturrahim ini dengan penuh rahmatNya, Insyaallah.
Pulang ke rumah hampir jam 3 petang. Yup! 3 set DPN (Double Pointed Needle) yang saya pesan di Ozeyarn.Com Australia akhirnya sampai.. Ini adalah kali kedua saya memesan jarum dari Ozeyarn, dan perkhidmatannya memuaskan. Saya nyaris membeli jarum DPN yang murah-murah harganya di WoolShack.Com, tetapi melihatkan harga posnya berganda-ganda mahal daripada Ozeyarn, memang tak masuk akal.
Saya juga menerima e-mel daripada seorang pelanggan dari Singapura, memberitahu barang yang dipesan di AyzaGursoy.Com telah sampai. Syukurlah!
Inox DPN – saiz no. 2.5, 2.75 dan 3.00
Selain ibu, saya tidak pernah ada sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan saya tentang jahitan. Pendapat saya dan mereka tentang jahitan juga berbeza. Rumit, leceh, tangan keras, buang masa, beli lebih baik dan pelbagai persepsi.
Baby Booties yang dibuat daripada benang lebihan.. Projek jarum kait 1 (Crochet) akan datang..!
Saya pula merasa satu kebahagiaan besar apabila anak kecil saya meminta-minta sesuatu untuk dijahitkan untuknya. Lebih-lebih lagi apabila dia benar-benar menyukainya. Suami saya juga begitu, meminta saya jahitkan itu ini, kaitkan muffler, stoking.. tak cantik pun tak mengapa, asalkan saya buat untuknya (Oh Tuhan..).. Jadi, selain masakan, TIDAK BOLEH TIDAK, saya harus tahu dan harus ambil tahu tentang jahitan. Kata ibu saya, jika pandai melangit pun, jadi anak perempuan harus tahu menjahit dan memasak.. sekurang-kurangnya untuk keluarga sendiri.. selain satu seni kreatif, ia juga satu seni memikat cinta dalam keluarga. Tak percaya? Cubalah!
tulis-tulis@ayzagursoy.wordpress




Salam. gembira sekali dapat jumper blog kakak di alam maya ni, tadi cari2 di google pasal “atartuk tak terima bumi” tup2 tersembul blog kakak. Hehe. saya di simferopol, crimea. dekat jer dengan turki agaknya. selamat menulis, syok sgt baca blog akak pasal keagamaan.
sELAMAT hARI rAYA!!
Wah, tak sangka Kak Ayza pandai mengait. Saya minat mengait, tapi entah apa-apa entah yang jadinya. He he he. Apapun saya belajar sendiri tanpa guru, hanya berpandukan pada manual buku-buku mengait.
Setakat yang menjadi ialah beg kait bekas isi air botol. Itu pun tak cantik. Saya nak belajar yang dua jarum tapi tak tahu mcm mana nak mula. Heee….Boleh tak saya belajar dengan kakak??
Salam. Eza
Salam lifeinside,
Blog kamu juga isinya bagus sekali. Simferopol kini dikira milik negara Ukraine atau Russia? Matrushka mesti banyak di sana ya? So cute!
Hosgeldiniz.. gembira bertemu kamu di sini
dan Salam buat Eza,
Seperti Eza, majoritinya saya belajar sendiri thru books & internet. Insyaallah nanti kita belajar sama-sama ya!
Ada masa saya akan tulis tentang kait dua.
Pandai mengait tu tidak, cuma tahu serba sedikit
Salam Aidilfitri buat Eza dan juga lifeinside