Aktiviti : Sidai Baju – Jam : 1 pagi – Yang Belum Tidur : Mama & Ertugrul
“Abang teman Mama sidai baju, boleh sayang?”
“Boleh.. tapi nak kena pakai kasut ke, Mama?”
“Ha’ah.. pakai kasut.”
“Kasut yang mana, Mama?”
“Yang ni..”
“Nak pakai macam ni ke, macam ni, Mama?”
“Pakai macam ni..” tunjuk saya.
“Ohh.. okaylah Mama! Etuy tolong Mama, eh?!”
Saya menyidai baju. Ertugrul bermain di sekeliling kereta.
“Mama, ni apa ni Mama?”
“Oh.. itu ulat.”
“Ulat apa tu Mama?”
“Ulat gonggok.. tengok kaki dia.. banyak..”
Ertugrul mencangkung melihat ulat gonggok yang berjalan perlahan.
“Iyy.. takut tengok ulat.”
“Apa Abang nak takut? Ulat ni baik, tau!” kata saya sambil memetik sehelai daun kecil.
“Abang pegang ni.”
“Anok(taknak) Mamaaaa.. Etuy takut!”
“Okay tengok Mama cakap – Hey Ulat! Dah malam ni.. kenapa awak tak tidur?” kata saya sambil mengusik badan ulat gonggok dengan daun kecil tadi.
Ulat gonggok terus menggulungkan dirinya. Bulat. Ertugrul ketawa.
“Kenapa tu Mama? Kenapa dia jadi camtu?”
“Sebab dia ngantuk. Jadi dia nak tidur.”
“Ohh.. bila dia nak bangun?”
“Ertugrul ambil daun ni. Tunggu sampai dia bangun, okay?”
“Okaylah Mama!”
Saya meneruskan menyidai sedikit lagi kain baju.
“Eiiyy! Dia dah ‘mangun’ Mama!”
“Alamak.. dah bangun?? Hish, suruh dia tidur. Cakap pada dia, hari dah malam..”
“Hey ulat, Mama aku kata ni dah malam. Pegi tido le..”
“Mama dia anok tidur!”
“Cuba lagi…”
“Ulaaaaat.. cepatlah tidur! ‘Igil’ (degil) tau ulat nih!”
“Dah jom masuk..”
“Bye ulat.. esok kita main lagi tau! ..”
________________________
Jam 2.30 am. Aktiviti : Mengira.
“Mama, boleh ke Etuy tu nak tengok Ipin dengan Upin, Mama?”
“Dah malam, esok kita tengok, okay?”
“Okaylah Mama. Mama, boleh ke Etuy nak susu putih tu?”
“Jom kita turun bawah.”
“Yeaa.. jom kita turun bawah!! Boleh ke kita tengok kartun sekali, Mama?”
“Oh tak boleh. Bebek kena tidur,” jawab saya tegas.
Sambil menidurkannya, Ertugrul bertanya lagi.
“Mama, boleh ke Etuy nak kira 123?”
“Okay kira cepat. Ertugrul kena tidur.”
“One two three ke, bir iki uc?”
“Suka hati..”
“Ke satu dua tiga, Mama? Yang mana Mama?”
“Bir iki uc..”
“Okay.. Bir, iki, uc… yedi, sekiz, dokuz, on.. lepas on apa Mama?”
“On bir..”
“On bir, on iki.. on yedi, on sekiz, on dokuz, ON ON..”
“Yirmi!”
“Alah.. Etuy nak kira one two three aje lah Mama..”
“Nak tidur ke taknak ni?”
“Etuy kira dulu, okay?”
“Okay.. one, two…”
“..three… nine, ten.. twelve, thirteen, fourteen, lima teen, enam teen, tujuh teen..”
Saya tergelak. Dia pun mengekek ketawa.
“Mama, boleh ke Etuy nak makan nasi putih?”
Oh Tuhan.. jam sudah pukul 3.30 pagi..! 
______________________________
2 Nov 07. 9.30 pm.
“Ya Allah, Ertugrul! Kenapa conteng dinding??!”
“Mama, ini huruf apa ni Mama? Cuba ‘tatap’.. M!”
“Mama cakap dengan Baba, nak? Mehmeeeeeeeee….”
“Pap!!” Ertugrul memukul saya dari belakang.
“Mehmeeeeeee….t! Ertugrulkan, dia….”
“Hisssshhh MAMAAAAAAA! Anok ‘tatap’ dengan Baba!!”
“Ada apa, Haiza?” tanya Mehmet di muka pintu.
“Mamaaaaaaaa! Anoooook!!” Ertugrul terus menutup mulut saya..
“Huwaaaaaaaaaaa… Babaaaaa!”
Belum kena marah dan menangis. Pandai berlakon!
manja@ayzagursoy.wordpress.com

Assalamualaikum Donut, syukran buatkan KN kofte. Sedap betul. Kali ini KN goreng pakai non-stick pan. Pakai minyak 1 sudu je. Goreng 10, BN makan 4 & KN 6. Yang lebih, simpan, hehehe…
Sudah tengok brosiur Tadika Khalifah Cilik? Nampak gaya Etuy belajar dengan Mamanya lagi bagus la… lagi pun 4 tahun muda sangat mahu hantar tadika.
Pecah perut baca kisah Etuy dengan ulat gonggok. MN dia ini sampai sekarang geli ulat gonggok…
Alaikum salam KN.. sama-sama for the kofte
.. guna minyak 1 sudu kira cam bakar juga ya Ngah? Good idea!
Brosur yg KN bawa tu Aja dah tengok. Thanks KN. Memang bagus, tak sangka tadika khalifah dah ada kat sini. Sebelum ni baca di majalah ada di sekitar KL. Ertugrul besar sikit Insyaallah rasa nak masukkan.
Ooo.. takut ulat gonggok ye? ehehehe.. ada plan baek utk MN dia nih..