Bulan 11 selalu hujan. Meski kadangkala waktu panas terik, tiba-tiba boleh hujan selebat-lebatnya. Semalam sewaktu menjahit, Ertuğrul naik menghulurkan saya sampul surat besar. Syukurlah pattern baju yang saya pesan dari McCall’s sudah sampai dari US. Sejurus selepas itu hujan turun lebat. Sana sini saya rasakan angin sejuk. Nyaman sekali…
Hendak saja rasanya bermain air hujan. Teringat masa kecil, ada waktunya saya menyertai abang dan sepupu untuk bermain kejar-kejar dalam hujan ‘petus’, memijak lopak-lopak air, buat kapal kertas kecil-kecil… Suatu hari pulang dari sekolah, hujan turun lebat. Waktu itu jalanraya dari Ayer Molek ke Permatang Duyung lengang, kurang kereta. Saya berjalan dari sekolah hingga ke jambatan kayu yang mereput di Sungai Duyung. Airnya deras sekali. Rintik-rintik hujan memenuhi keseluruhan permukaan air. Jambatan kayu itu sudah usang. Air sungai penuh sehingga mencecah lantainya yang berlubang sana-sini. Baju dan tudung saya basah kuyup, dalam kasut penuh dengan air, stoking sudah kembang.. tangan saya asyik jadi ‘wiper’ untuk mengelap air yang lalu ke mata. Oh Allah! Buku-buku saya!! Sedar tentang itu, saya berlari tergesa-gesa untuk cepat sampai ke rumah..
Ke mana agaknya hari-hari itu ya?
memori@ayzagursoy.wordpress


Assalamualaikum Donut,
Rumah ini sudah dicat baru… Cantik… but I miss the birds… where have they flown to???
Alaikum salam Kak Ngah, sama.. aku pun rindukan burung-burung tu.. Anyway, semuanya dah kembali seperti sediakala..
Assalamualaikum Donut,
Rufaidah’s Cafe is very nice!!! I’ve just told Noridah about it. Dia sedang menjamu selera di Umbai Ikan Bakar. Sekarang sudah tidak sabar nak balik… nak tengok blog itulah… I’ll get back to you later. Tq so much.
Alaikum salam Kak Ngah.. Very nice, huh?! Nanti check balik apa2 yang perlu dibaiki. Oh ada masa nak pergi makan ikan bakar lagi.. Dun worry, tak lari gunung dikejar..