1/1/08 – Selasa
Bismillahirrahmanirrahim
Tahun baru atau tahun lama, ia tetap sama seperti hari-hari yang kita lalui, yang perlu diisi dan digunakan sebaiknya. Azam baru atau azam lama, dalam hidup ini kita perlu berazam setiap hari untuk mencapai matlamat. Sama ada matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang, kita perlukan azam setiap masa. Tidak hanya terhad kepada tahun baru.
Tiada apa yang perlu diraikan dengan kehadiran tahun baru. Ia akan jadi tahun lama pada tahun hadapan. Yang perlu diteliti dan diberi perhatian adalah, pencapaian yang telah kita berjaya lakukan selama mengharungi tempoh masa 365 hari itu. Menganalisa buruk baiknya tindak tanduk yang telah kita lakukan, amalan yang kita buat dan abaikan, hati-hati insan yang telah kita beri kegembiraan atau kesedihan, berapa banyak nikmat yang kita perolehi dan berapa banyak nikmat tidak kita syukuri.. Banyak. Banyak yang perlu dilihat dan dinilai semula untuk memperbaiki hari depan yang bakal dilalui.
Esok akan jadi hari ini, dan hari ini akan jadi semalam. Tahun hadapan akan jadi tahun ini, dan tahun ini akan jadi tahun lepas. Kita sebenarnya telah jauh berjalan merentas waktu. Berjalan menuju ke alam hakikat. Jelasnya, alam akhirat – yang akan bangkit pada tahun-tahun hadapan, iaitu tahun-tahun baru akan datang.
Semoga Allah memberikan kesempatan waktu dan keupayaan, untuk kita melaksanakan apa yang kita tidak sempat lakukan sebelum ini. Dengan izin Allah, semoga setiap hari yang kita lalui adalah hari yang terbaik daripada hari-hari semalam.
Wassalam.
-Ayza Zubir
5.37 am


Assalamualaikum Adikku Donut,
Selamat Tahun Baru 2008. Semoga hidupmu berbahagia selalu dan selamat maju jaya. Terima kasih kerana memberi hati dan sayang kepada kakakmu ini. Kak Ngah doakan yang baik2 buatmu sekeluarga.
Alaikum salam Kakakku Sayang,
Selamat Tahun Baru untuk Kak Ngah. Seperti Kak Ngah, Aja juga doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk Kak Ngah sekeluarga.
Dunia terasa luas, hati rasa riang apabila disayangi sebegini. Terima kasih my dear Kak Ngah.. Allah razi olsun.