MAKAN TELINGA
“Eh, tak boleh, Baba.. Etuy nak buat kerja ni.. jangan kacau..” jawab Mukhlis dan matanya jegat memandang kalkulator saintifik saya.
“Baba?!! Etuy nak tekan M.A.M.A ni… Jangan makan telinga Etuyyy.. Baba ni ‘igil’ (degil) tau..” jari jemarinya kiri kanan menekan kalkulator, mencari fungsi untuk huruf M dan A.
“Eyyy.. kenapa ni? Apa maksud Baba? Kenapa nak makan telinga Etuy?” jawabnya dengan kening berkerut.
TIDUR DENGAN NENEK (AGENDA BARU 2008)
“Ala.. sekejap aje Etuy nak tidur dengan nenek. Karang-karang nanti Etuy tidur ngan Mama, okay? Etuy tu love Mama aje.. boleh eh Mama?” pujuknya.
“ORAIT lah Mama!” jawabnya riang.
Biasanya Ertugrul tak boleh tidur kalau tiada saya. Saya itu wajib ada. Tetapi sejak semalam, dia sendiri yang meminta untuk tidur dengan nenek. (Oh Tuhan, saya pula yang tak boleh tidur tanpanya!)
TOM & JERRY
Ya Allah, mula-mula saya ketawa melihat kelakuannya yang lucu. Lama-lama saya perasan, ini sikap si Jerry dalam kartun itu. Saya tidak rasa ia suatu yang positif, dan mulai itu saya mengalihkannya kepada kartun Mickey Mouse.
CICAK MAN
Suatu hari Ertugrul menangis bagai nak rak hendakkan sesuatu. Puas dipujuk, tak mahu berhenti. Tiba-tiba…
“Haiza, bunyi apa tu??” tanya Mehmet buat-buat terperanjat.
“Ha’ah bunyi apa tu??” tanya saya.
Ertugrul mula memperlahankan suaranya.
“Cak cak cak..” Mehmet bersuara lagi.
“Mehmet, saya takut nih! Bunyi apa tu??”
“Cak cak cak..”
“Etuy dengar tak?” tanya saya.
Ertugrul memandang siling dan keliling bilik. Tangisannya sudah reda.
“Cak cak cak!”
“Mehmet!! Apa tu?”
“Haiza, tengok sana!! Cicaklah! Ya Allah.. besarnya cicak tu..”
Mehmet buat-buat menangkap sesuatu di dinding, ke sana ke sini. Ertugrul sudah naik atas riba, memeluk leher saya.
“Haizaaaaa!” jerit Mehmet.
“Cicak tu lari dekat kaki Ertugrul!”
“Mana??” tanya saya.
“Alamak! Cuba tengok dekat mulut Etuy. Ada ekor.. ekor cicaklah!”
“Habis!” jawab saya.
“Haaa.. Etuy dah jadi CicakMan.. Baba tak tahu..” Mehmet mula menyakat.
“KUARKANNNNN! BABAAAA!”
Tangisannya bersambung lagi.. 
KOMPUTER
Saya mula mengajar Ertugrul menggunakan komputer pada hujung 2006 (umurnya baru 3 tahun). Bermula semudah ABC, 123 sehingga menaip ayat satu persatu. Fungsi untuk italic, font, warna font, bold dan underline, secara praktikal Ertugrul sudah mula faham melakukannya sendiri. Begitu juga dengan tutup komputer, dia faham sama ada untuk hibernate atau shut down. Penguasaannya sedikit sebanyak terhadap permainan online seperti di Bob The Builder, Thomas and Friends dan pelbagai lagi, memberi banyak kefahaman kepadanya, khasnya kepada cara pengendalian secara ringkas komputer dan Internet. Dengan Babanya, Ertugrul diberi peluang bermain NFS (Need For Speed) dan pengendalian kereta yang dipandu jauh lebih baik daripada saya yang asyik langgar kiri kanan. Suatu hari Ertugrul memberitahu saya…
“Mama, Etuy dah tutupkan ‘kominter’ Mama.”
“Kenapa tutup? Mama ada kerja lagi..” jawab saya dan terus ke bilik.
Apabila dibuka, di atas desktop ada 120 new folder, banyak fail yang berpindah randah, tak kurang juga yang di’delete’.. pad sentuh di komputer riba saya juga tidak boleh berfungsi, kerana drivernya sudah dipadam.. (bagaimana dia boleh sampai ke bahagian itu ya?) Oh Tuhan! Kanak-kanak memang cepat belajar!
POPIAH @ PO-I-AH
“Sebut betul-betul.. POPIAH..”
“PO-I-AH,” kata Ertugrul.
“PO..” sebut saya.
“PO..” ikut Ertugrul.
“PI..”
“PI..” turutnya lagi.
“AH.. POPIAH!” kata saya.
“AH.. PO-I-AH!” jawabnya tersenyum.
“Sebut betul-betul.. Nenek Juriah..” kata saya.
“Nenek Ju-RI-RAH.”
“JU..RI.. AH.. Juriah!” ajar saya.
“JU.. RI.. RAH.. JURIRAH! Ha, baru betul, kan Mama?!”
cinta@ ayzagursoy.wordpress



hehehe…memang lawak la etrugul ni
Assalammualaikum,
Ayza,
Anak Ayza dan Mehmet ini sangat comel! Kakak harap dapat berjumpa dengan Ayza sekeluarga satu hari nanti.
Salam Zamri, terima kasih sudi singgah..
Alaikum salam Puan Mun, terima kasih sudi singgah ke sini. Dengan izin Allah kita jumpa nanti, Puan..
Ah, Si Etuy! Marah betul dia apabila neneknya hendak dibawa keluar. Raungan kuat : MN igil tau! Tak baik tau!
Helah mamanya, Si Donut, ialah memujuk dia naik ke bilik (untuk bermain komputer). Lalu Etuy pun bersetuju (kerana bermain komputer memang kesukaan dia).
Sebelum naik ke bilik Etuy disuruh mamanya mencium pipi saya. Sambil mencium dia berpesan : Lepas ini MN balik ya.
Ya, dia menyuruh saya balik, hihihi!!! Lalu saya menjawab : Peluk MN dulu. Cium kiri, cium kanan. Ok, bye!
Aduhhh, bijak betul anak comel ini. Ya, secara tidak langsung dia mengingatkan saya jangan bawa nenek Jurirahnya keluar.