
(petikan Nasihat Imam Syafie)
Cukuplah Engkau sebagai pelindungku
Kerana dalam diri-Mu terkandung pelindung hatiku
Aku tidak peduli
Bila pun cinta-Mu tiba
Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cinta-Mu kepadaku
Biarkan hari-hari berlalu
Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha’
Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah
Kerana di dunia tidak ada derita yang abadi
Jadikan dirimu sebagai orang yang merasa
banyak dosa terhadap sesama manusia
Hapuskan dosa itu dengan sentiasa memberikan setitis kebahagiaan kepada hati mereka
Dengan bermurah hati sahaja dapat menebus setiap kesalahan
Jangan sekali-kali menganggap remeh
terhadap musuh-musuhmu,
Kerana itu dapat membuat dirimu lalai
Sesungguhnya kelalaian terhadap musuh
merupakan malapetaka besar
Jangan mengharapkan kemurahan daripada orang lokek
Kerana embun tidak pernah menitis pada waktu siang
Rezeki itu ibarat bayang-bayang
Apabila dikejar, ia menjauh
Apabila dibiarkan, ia akan berdiam
Tidak ada kebahagiaan dan penderitaan yang abadi
seperti kekayaan dan kemiskinan
Jika engkau selalu memiliki rasa puas
Maka tidak ada bezanya antara kau dan pemilik kekayaan yang melimpah
renungan@ ayzagursoy.wordpress
