Hari ini Isnin, 10 Mac 2008.
Pagi ini sungguh tenang. Riang hati mendengar bunyi kicauan burung di sana sini. Saya dengar bunyi burung tekukur, tiung, punai… Mesti sibuk sungguh mencari rezeki pagi-pagi ini. Dan pasti burung-burung riang berzikir memuji Tuhan sesama sendiri.
Syukurlah semua sudah selesai. Buat pertama kali dalam hidup saya memangkah undi pada Sabtu lepas, dan buat pertama kali dalam hidup juga saya melihat keputusan yang memberangsangkan. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, harapan semua untuk melihat pemerintahan yang lebih baik dan berkesan. Saya tidak memandang kemenangan Barisan Alternatif sebagai motif perkauman, tetapi lebih kepada harapan masyarakat untuk mencetus perubahan. Biarpun ada sesetengah penganalisis politik mengaitkan keputusan ini dengan isu perkauman, tetapi hakikatnya ianya satu bantahan untuk perubahan dan pembaharuan. BN tidak semesti untuk Melayu, DAP tidak semesti untuk Cina, PAS tidak semesti hanya untuk Muslim.. begitu juga PKR. Moga Allah memberi petunjuk buat manusia ke jalan yang benar, Insyaallah.
Hanya kepada Allah aku sembah dan sujud. Dan hanya kepadaNya aku memohon pertolongan...
pru12 @ ayzagursoy.wordpress
