Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
(sumber: www.utusan.com.my)
KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.
Penubuhan itu adalah pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit, di sini hari ini.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat penubuhan badan bertindak itu, pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan orang Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur atau Putrajaya.
Katanya, pada masa ini tarikh dan lokasi muktamad perhimpunan itu belum ditetapkan namun BBPM akan berusaha mengadakannya dalam tempoh sebulan.
“Sempena perhimpunan itu, kami akan mengadakan satu forum perpaduan Melayu bagi menyatupadukan semua kepimpinan Melayu dan Islam tanpa mengira pegangan politik mereka.
“Sebagai orang tengah, kami akan jemput wakil dua parti terbesar yang menaungi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO dan Pas,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Antara pertubuhan amal Melayu dan Islam yang mendukung penubuhan BBPM ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Mengenai penyertaan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, beliau berkata, jemputan akan dibuat kepada para pemimpin Melayu dan Islam dalam parti itu selepas mereka mengisytiharkan komitmen terhadap perjuangan bangsa.
Osman berkata, pihaknya juga akan menjemput tokoh-tokoh Melayu dan Islam terkemuka dalam bidang akademik, ekonomi, pendidikan dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pandangan mereka.
Beliau berkata, adalah penting bagi semua orang Melayu, tanpa mengira ideologi politik diberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku kepada bangsa sekiranya masalah perpecahan itu tidak ditangani segera.
Katanya, perpecahan itu juga menyebabkan dasar-dasar kerajaan yang selama ini menjaga kepentingan orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dicabar perlaksanaannya.
‘‘Perbincangan itu akan difokuskan kepada isu apakah yang terbaik perlu dilakukan bangsa Melayu dan agama Islam.
“Kita mahu menghidupkan semula jati diri Melayu yang unggul seperti era sebelum mencapai kemerdekaan dan tahun terawal selepas itu,” katanya yang menjangkakan forum itu bakal dihadiri lebih 2,000 penonton.
Ditanya mengenai kemungkinan penubuhan BBPM akan menimbulkan keresahan kaum lain, beliau berkata, perkara itu tidak perlu dikhuatiri kerana pihaknya akan turut mempertahankan hak-hak kaum lain.
Katanya, usaha memperkasa perpaduan nasional dan semangat muhibah antara kaum akan diperhebat melalui penganjuran Dialog Perpaduan Nasional dengan kerjasama NGO pelbagai kaum dan agama di negara ini.
“Negara ini dibentuk oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, kerana persefahaman tiga kaum inilah kita berjaya mencapai kemerdekaan.
“Apa yang kami perjuangkan ialah pembelaan hak-hak orang Melayu dan pada masa yang sama mempertahankan hak kaum lain di negara ini,” tegasnya.
Osman berkata, BBPM juga akan menggalakkan pembentukan rangkaian kumpulan bertindak perpaduan Melayu di seluruh negara bagi memastikan semua peringkat masyarakat mendapat maklumat tepat mengenainya.
Katanya, apa yang dibincangkan di peringkat atasan akan disalurkan menerusi rangkaian BBPM di peringkat negeri dan daerah.
akhbar @ ayzagursoy.wordpress

Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.
Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;
1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.
Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.
2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.
Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.
Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.
Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.
Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.
3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.
Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.
Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.
Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.
Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.
Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.
anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
noontimesilence@yahoo.com
Ini pandangan saya pula … Perpaduan Melayu atau Kekalkan Perdana Menteri?
Melayu telah berpecah.benar atau salah? persoalan sekarang dari kaca mata yang mana adakah dari kaca mata politik ataupun dari kaca mata pembangkang ataupun rakyat melayu di muka bumi ini,tanah tumpah darah datok nenik moyang kita.Kita tidak nampak melayu bergaduh pun,tidak nampak pertumpahan darah orang melayu,tidak ada isteri kehilangan suami.anak kehilangan ayah ,adakah melayu telah berpecah.
Sebenarnya melayu TIDAK berpecah tetap masih seperti dulu.cuma tidak ada panduan untuk mengukuhkan lagi perpaduan.
Perkara yang harus difikirkan sekarang adalah kembalikan kuasa sultan yang telah diambil oleh rakyat disatu ketika dahulu.
Ingat kuasa sultan yang kita ambil harus dipulangkan agar kedaulatan sultan tidak tercemar.
Kedaulatan Sultan amat berharga nilainya.
Titah Sultan amat tinggi ucapanya,
Kedudukan Sultan amat tinggi darjatnnya,
Kekuasaan sultan amat ampoh gunaya,
Dan kita sebagai rakyat jelata aharus akur yang itu,
Dari zaman bermula kesultanan melayu Melaka di ikuti Zaman kesultanan Perak,kita orang melayu bertuankan Sultan.