Saya pernah membaca suatu ruangan di internet, mencadangkan agar mengisi masa tertentu dengan membuat kerajinan tangan. Saya dapati ‘waktu menunggu’ adalah waktu paling sesuai untuk membuat kerajinan tangan ini, contohnya ketika menunggu giliran di hospital, menunggu di dalam kereta atau bas, menunggu di bank, atau ketika anda perlu duduk untuk memikirkan sesuatu perkara. Setiap satu mata yang dikait boleh diluangkan untuk satu kalimah zikir. Begitu juga ketika waktu berbual dengan keluarga atau teman-teman, atau mendengar perbincangan di televisyen, anda pasti tidak boleh fokus jika membaca sesuatu ketika itu. Tetapi anda boleh mengait sambil bercakap, mengait sambil mendengar, bukan? Anda boleh membahagikan kepada beberapa jenis kerajinan tangan, mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Jika di khalayak ramai, lakukan aktiviti yang lebih kecil tanpa mengganggu perhatian orang lain.
Cuba lakukan aktiviti ini dan lihat, betapa banyaknya masa terbuang (menunggu, berbual etc) yang boleh diisi dengan aktiviti berfaedah…
Kait jarum 1
Jaket tanpa lengan Ertugrul
Paper-piecing untuk cushion cover
Selamat mencuba!
isimasa @ ayzagursoy.wordpress.com




