Peperiksaan sudah tamat dua hari lepas. Hari yang sama saya dibawa Mehmet ke GSC di Mahkota Parade untuk menonton filem LOVE. Tak perasan pula tarikhnya 24 April.
Sedikit sibuk sejak minggu lalu. Saya benci perkaatan sibuk, tetapi itulah yang saya hadapi beberapa hari ini. Selain minggu peperiksaan, minggu lalu juga insurans kereta dan cukai jalan tamat tempoh, kereta perlu masuk servis dan tangki air perlu diganti. Di atas bonet kereta pula terdapat bintik-bintik polka dot halus, hasil dari terkena cat berwarna kuning. Elok sangat, kereta warna hitam kini ada polka dot kuning – semuanya kerana kontraktor yang ditugaskan oleh SME Bank untuk mengecat bangunan kilang tidak berhati-hati semasa menjalankan tugas. Menurut Ogy, pekerja yang mengecat itu bukan setakat mengecat dinding, tetapi batang pokok, jalan raya… Sehingga mesin-mesin kawat kami turut terkena renjisan cat kuning.. Ay Allah! Minggu lalu juga sempat ke Kuala Lumpur atas urusan AyzaGursoy.Com dan membawa sampel Sajjadah Tradisional Turki untuk syarikat swasta yang membuat tempahan. Dan ekoran itu, sehingga minggu ini kami masih menguruskan tentang hal pembekal dan kargo dari Turki ke Malaysia.

Hari ini Khamis, 24 April. Tarikh filem LOVE masuk ke pawagam. Ia tak penting mana, cuma sebagai orang yang amat kurang menonton TV, hmm wajar saya tonton filem sekali sekala.. (Bolehkan?
) Jadi hari ini selepas pulang dari office Mehmet membawa kami ke Mahkota Parade. Jalanraya penuh dengan kereta, sampai sudah jam 6 petang. Sessi yang lain bermula jam 7.30 malam. Selepas berkira-kira hendak balik atau tidak, akhirnya kami setuju untuk menonton pada jam 7.30 malam selepas Mehmet solat. Filem LOVE tak ubah seperti filem CINTA. Cuma ada beberapa slot dan adegan yang beza dari filem CINTA, kerana LOVE ada Fauzi Baadila, Luna Maya
.. Yang menarik minat saya adalah lagu-lagunya, latar belakang yang menampilkan kota besar Indonesia, dan gaya cakapnya.
“Jam tangan Pak Guru udah benar..” tak silap saya begini ujar wanita tua itu.
Saya dan Mehmet tergelak. Bagaimana pula jam sudah jadi benar? Kalau di sini pasti “Jam sudah dibetulkan..” Tapi bagi warga Indonesia sendiri pun akan ketawa kalau mendengar ayat kita. Inilah yang istimewa tentang bahasa Malaysia dan Indonesia. Pernah sekali saya berkata kepada rakan Indonesia saya,
“Wajah kamu seiras dengan anaknya yah?!” kata saya.
“Seiras itu apa?” tanyanya.
“Seiras itu, hmm serupa..” kata saya.
“Serupa? Masakan kami serupa..”
“Iya, benar. Sebiji muka anak kamu,” balas saya lagi.
“Sebiji? Eh Haiza, jangan bercanda.. gimana boleh wajah jadi sebiji? Bukankan seraut wajah?”
“Maksud saya, seakan-akan.. ” jelas saya lagi.
“Oh maksud kamu mirip yah??”
Ay Allah. Mirip rupanya.
Berbelit mencari satu perkataan yang tepat makna.
Satu jam berlalu, Ertugrul sudah terlena dipeluk saya. Lebih kurang jam 9.45 malam, cerita selesai. Akhirnya!
Penat saya dari minggu lepas rasanya telah ‘kebah’. Terima kasih Mehmet kerana mengorbankan sebahagian waktu malam ini untuk memenuhi date dengan saya.
Dan esok kita akan menyambung kesibukan yang kita hentikan buat seketika tadi…
santai @ ayzagursoy.wordpress
andra-and-the-backbone-sempurna <- Sempurna.mp3


filem nie mmg best, especially acha dan fauzi baadila!
Setting dia menarik.. lagu dia Kak Ayza suka.. jalan cerita dia quite okay (but some parts yang tak perlu tu, just close your eyes..!).. overall, not bad
Ayza, sudah menonton film Ayat-ayat Cinta belum? apakah film-nya sudah tayang di sini?
Salam Sdr. Imung,
Saya belum lagi menonton Ayat-ayat Cinta, kerana belum lagi ditayangkan di sini. Tapi menurut teman saya di Surabaya, novelnya jauh lebih hebat berbanding filemnya.. Hasil karya Habiburrahman El Shirazy – Ayat-ayat Cinta itu bagus sekali.. Kamu sudah menonton filem ini?
Salam. Ingatkan di Turki ada Mahkota Parade. Rupa-rupanya yang berada di Melaka. Apa-apapun, semoga bisnes import-xport berjalan lancar..
Alaikum salam Sdr. Amankim,
.. Terima kasih atas doanya Amankim. Moga Allah memberi kemudahanNya buat kamu juga, Amin..
Kami di Melaka (dan terus menerus menjalankan proses meMELAKAkan orang Turki)
Aiii, romantiknya pasangan ni…
Moga terus diberikan keberkatan dalam perkahwinan
Amin, amin, amin.. ya Rabbal ‘alamin..
Terima kasih Zamry, moga Allah memberikan keberkatan dalam hidup kamu juga.. amin ya Rabbi..
Ayza, memang novelnya lebih bagus dan complete ceritanya. Namun, di film-nya pun sudah cukup bagus. Saya dan istri sudah menonton filmnya. Tak terasa kami pun menitikkan air mata.
Salam dari Jakarta
Harap dapat menontonnya juga nanti, Imung..
Salam buat kalian dari kami di Malaysia.