Pada 29 April, saya membuat tempahan pattern dari McCall’s. Saya rasa sungguh gusar hari itu, dan cuba membuat aktiviti lain. Biasanya waktu yang diambil adalah lebih kurang 10-14 hari, kiriman dari United States ke Malaysia. Hari ini 7 Mei, baru 8 hari – saya terima semua pattern di peti surat. Pantas!
Resul Keles dari UK memberitahu bungkusan telah diterima. Ia juga memakan masa lebih kurang 1 minggu sahaja. Miss Hina Gul dari Texas menerima bungkusan setelah hampir 15 hari, dan baru memaklum kepada saya hari ini. Minggu lepas seorang pelanggan dari Damansara memberitahu pesanannya masih belum tiba meski sudah seminggu berlalu. Oh Allah! Pesanan hari Jumaat tengahari, petangnya sudah saya hantarkan ke G-Dex, dan seharusnya sampai esok hari. Tetapi ini sudah makan seminggu lebih, dan meski sudah menghubungi syarikat penghantaran ekspress tersebut, saya tidak terima sebarang jawapan.
Encik Ariffin, pensyarah saya pernah bertanyakan beberapa soalan kepada saya semasa tutorial berkenaan bisnes online yang saya jalankan,
“Pernah kamu tersilap hantar?”
“Belum pernah, Alhamdulillah,” jawab saya.
“Bagaimana pula kalau barang tak sampai?”
“Tak pernah lagi berlaku setakat ini, dan disebab itu saya guna perkhidmatan kurier. Mudah untuk saya ‘detect’ dan biasanya hal begini jarang berlaku.”
“Kalau kiriman kamu hilang?”
“Dalam polisi kita telah nyatakan semua. Sekali mereka telah membuat pesanan, ertinya mereka setuju dengan polisi dan syarat yang telah dinyatakan di laman web,” jelas saya lagi.
“Bagaimana kamu buat mereka percaya? Saya bukan bertujuan untuk melemahkan semangat kamu, tetapi cuba fikirkan, adakah bisnes online boleh dipercayai? Dan kamu sendiri, tanpa melihat orang lain, bagaimana kamu memujuk mereka untuk percaya?”
“Kamu tahu Haiza, dalam satu malam sahaja bisnes boleh ditutup. Inikan pula bisnes online, kamu boleh padam laman web sekelip mata, betul?” tambahnya lagi.
“Betul. Tapi itu tidak beretika,” jawab saya.
“Itu awak. Bagaimana dengan orang lain? Kamu perlu cari jawapan yang paling bagus untuk menyelesaikan masalah kepercayaan masyarakat terhadap bisnes online. Tak semua masyarakat menerima cara ini. Jadi, cari penyelesaiannya..”
Panjang lebar kami berbincang. Dan membuat saya terus berfikir…
1-2 minggu lepas, semua yang dicetuskan oleh Encik Ariffin datang serentak. Islamic Banking & Finance Institute Malaysia telah membuat pesanan sajjadah turki sebagai ‘doorgift’ untuk dihadiahkan kepada delegasi yang datang semasa konferens, dan pesanan harus sampai sebelum 6 Mei. Meski masa yang diberi sebenarnya tidak mencukupi, tetapi kami cuba ikhtiarkan cara. Dalam kesempitan biasanya Allah beri jalan, dan saya ingin mencabar diri untuk itu. Dalam sibuk minggu peperiksaan, kami menghubungi banyak syarikat kargo, baik Malaysia dan Turki untuk urusan penghantaran. Ibu mertua saya dan adik ipar juga tidak berhenti membantu mencari pembekal yang dapat membekalkan jumlah yang dikehendaki sekaligus. Untuk tindakan pertama, ibu mertua saya menghantar satu ‘parcel’ berisi sajjadah dan tudung menerusi Pos Turki. Kami jangkakan ia akan tiba lebih kurang 14 hari. Tetapi 2 hari kemudian saya nekad untuk gunakan air freight bagi kotak-kotak seterusnya untuk memastikan barang cepat sampai dan selamat – dengan izin Allah. Keadaan mula jadi sukar apabila satu kakitangan syarikat kargo di Turki (yang mendapat pengiktirafan MASKargo) mengambil isu kami tidak serius. Disebabkan kakitangan itu, kami kehilangan masa hampir 6 hari! (Saya dalam proses membuat laporan ke MasKargo berkenaan syarikat tersebut..) Apa yang disebut Encik Ariffin semakin jelas, bagaimana jika barang yang dipesan tidak sampai? Ay Allah..
Syukur kepada Allah akhirnya Huseyin adik ipar saya membuat keputusan menggunakan khidmat kargo lain, dan hari yang sama barang kami dihantar ke Izmir, dan keesokannya terbang ke Istanbul. Urusan dokumentasi kastam semua selesai dengan baik.
Dalam minggu yang sama, saya terima e-mail dari pelanggan di US itu tentang bila bungkusannya sampai? Pelanggan dari Damansara sudah kelewatan hampir 1 minggu, manakala saya tersilap hantar jenis tudung yang dipesan oleh pelanggan dari UK! Ya Allah ya Tuhan.. Kata-kata Encik Ariffin terngiang-ngiang di telinga saya, “Bagaimana kamu membuat mereka percaya dengan bisnes ini? Bagaimana kalau ini dan itu dan ini dan itu terjadi?”
Ini adalah proses praktikal yang baik untuk saya, selari dengan apa yang saya sedang belajar. AyzaGursoy.Com adalah tempat untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dalam dunia realiti. Saya masih ingat ketika saya membuka kedai Turkish Treasures, yang menjual pelbagai tudung dan barangan Turki. Waktu itu saya memesan pelbagai jenis sajjadah, sarung kusyen dan beberapa item lagi dari ibu mertua saya. Kerana saiznya besar, suami saya telah meminta bantuan dari salah seorang usahawan Turki yang berniaga di sini. Beliau memberitahu yang kami boleh menumpang kargonya dalam masa 2 minggu yang akan datang, dan meminta kami menghantar barangan itu ke Istanbul di cawangan kedai beliau. Beliau turut memaklumkan bahawa urusan kargo bukan mudah, perlu ada itu dan ini, syarat itu dan ini, dan saiz penghantaran harus cukup besar dan pelbagai lagi. Kerana beliau seorang kenalan baik, maka kami percaya dengan apa yang dimaklumkan. 2 bulan berlalu, barang saya masih belum sampai. Usahawan Turki ini masih memberi banyak alasan. Sehingga kami pulang ke Turki pada awal bulan Mac 2006, dan setelah menghubungi pejabatnya di Istanbul, kakitangannya memberitahu bahawa tiada arahan untuk memasukkan barangan kami dalam kargo yang dihantar ke Malaysia. Oh Allah! Suami saya akhirnya meminta Aras Kargo mengambil stok kami yang tersadai lebih 3 bulan di Istanbul itu untuk dibawa kembali ke Denizli. Kosnya juga bukan sedikit, tambah lagi biaya petrol di Turki adalah amat mahal berbanding Malaysia – kereta sebesar kancil kos petrol untuk tangki penuh mencecah RM200 lebih!
Hati saya panas waktu itu. Bukan kecil bungkusannya. Syukur kami datang dari Malaysia berlima, jadi kami cuba muatkan barang-barang itu di dalam beg. Saya dan Mehmet nekad, apa pun terjadi, barang-barang ini mesti dibawa pulang sendiri. Anda pasti boleh bayangkan keadaan kami di Ataturk Airport dan berdepan dengan warga Turki yang menjadi staf MAS Airlines (syukurlah saya rakyat Malaysia, saya ada hak dengan ‘kapal terbang saya!’)
Panik, tapi seronok!
Kembali kepada cerita awal saya tadi, barang kami selamat sampai pada 1 Mei. Oh Allah! 1 Mei hari cuti…
Tetapi mujur, kakitangan Schenker Logistics beri kerjasama dengan baik. Semua urusan akhirnya selesai, dan kami ke Mas Advanced Cargo Centre di KLIA pada pagi Sabtu lepas.
Urusannya tidak terlalu rumit seperti yang dimaklumkan kepada kami sebelum ini. Selama ini saya menumpang banyak barang dengan kenalan-kenalan Turki yang membawa kargo ke Malaysia, kerana ‘dengarnya’ urusannya banyak. Ya memang banyak, tetapi Maha Besar Allah – semuanya saya pelajari dalam tempoh yang singkat. Jika Allah berkehendak ianya berlaku, ia pasti berlaku!
Orang kuat AyzaGursoy.Com
Esoknya, Ahad petang barang selamat dibawa ke KL oleh kakitangan Islamic Banking. Misi selesai!
Semalam, saya terima e-mel dari pelanggan di Damansara, bahawa paketnya telah sampai. Dan hari ini, pelanggan di US juga menulis bahawa paketnya sudah tiba seminggu yang lepas, dan pelanggan dari UK itu memberitahu, yang saya tersilap kirim itu lebih elok sebenarnya, dan tak perlu diganti (ups! kami telah pun hantar gantinya!). Beliau juga amat gembira dan berterima kasih kerana memilih setem-setem yang amat cantik untuk parcelnya! Oh Allahhh..
Tengahari ini saya menerima notis pemberitahuan dari Pos Malaysia, dan melihat TR di hujung nombor berdaftar tercatat itu, saya yakin ini bungkusan pertama yang dikirim oleh ibu mertua saya itu. Syukur kepada Allah kami tidak menggunakan khidmat pos biasa sebagai medium penghantaran untuk projek kali ini.
Esok kami akan ke Pejabat Pos Bukit Baru untuk mengambil barang ini – yang pertama dipos dan terakhir diterima!
Terima kasih untuk kerjasama semua – Mehmet, Mak, Annecigim, Huseyin, Kak Ngah dan Bangah!
Cok cok tesekkur ederim.. Allah razi olsun!
Allah sukur ya Rabbi!
logistik @ayzagursoy.gmail.com
* * * *
Saya teringat suatu pagi, selesai solat Subuh saya duduk di salah satu anak tangga dengan ibu saya, menghadap Ka’abah yang tidak lekang ditawaf manusia. Berhampiran saya ada seorang wanita yang mengendong anaknya yang sedang merengek. Saya bertanya,
“Salam, anda dari mana?”
“Palestin. Dan kamu?”
“Malizia..”
Dalam ligat pertelingkahan di Palestin waktu itu fikir saya, masih ada yang sampai di sini dan menikmati Subuh ini dengan ribuan jemaah. Dia cuba memberitahu yang dia menunggu suaminya yang sedang bertawaf. Setelah itu mereka pergi menghilang dalam arus manusia. Apa yang saya fikirkan adalah, tidak kira dari mana kita, siapa kita, dan apa pun yang akan berlaku atas kita, jika Allah berkehendak sesuatu, maka ianya akan berlaku. Yang cacat, yang miskin, yang apa saja, jika Allah berkehendak mereka berkumpul bersama di Subuh pagi di hadapan Ka’abah ini, maka di situlah mereka, dan mereka akan sampai dalam apa jua pun keadaan. Tidak ada kategori khas untuk menjadi hamba Allah, tidak ada kelayakan khas untuk mendapat perhatianNya. Semua dari Allah, milik Allah, dan kembali jua padaNya…
Allahimmm..
* * * *









jangan mengalah, teruskan usaha….
Terima kasih Zamry.. moga Allah buka jalan dan permudahkan buat kita semua Insyaallah..
Nak juga belajar bisnes secara online ni…
kira dapat guru yang hebat juga la kalau berguru dengan kak ayza
Memang, Kak Ayza pun dlm proses belajar lagi nih.. setakat kongsi informasi boleh Insyaallah..
Eish, belum layak jadi guru pun, Zamry.. *blush*
إن مع العسر يسرى
Evet Ammar.. tesekkur ederim..
salam..
wahh, dah makin maju dengan bisnes online..semoga semakin maju..semoga menjadi ikon usahawan internet wanita di M’sia..buktikan kepada saudara Irfan Khairi dan lain-lain..
Alaikum salam,
Aduh Amankim, belum lagi tahap maju sebenarnya. Masih proses trial & error. Tak mencuba, tak tahu..
Apa pun terima kasih atas doa-doa kamu, Aminn.. Doa dan harapan yang terbaik juga buat kamu, Insyaallah..
selamat hari ibu kakak!
i love ur blog!
Terima kasih Zuhaili..
nice and good effort…yang penting dalam business nie, ialah customer support…saya amat berpuas hati dan ucapkan terima kasih atas keprihatinan puan dalam mengendalikan perniagaan ini. pada mulanya saya amat ragu-ragu dan hanya cuba jaya dengan shopping online nie but sekarang saya mula yakin dengan perniagaan puan jalankan nie…teruskan usaha dan tambahkan bekalan, insyaallah, pasti ada pelanggan yang berminat untuk order lagi…i’ll give a very good recommendation pada sesiapa saja yang mahu order barang melalui website nie.
“Jangan takut sebab setakat ini, tuan punya kedai amat menepati janji dan jujur dalam menjalankan perniagaan ini.”
Salam Ruhizal,
Terima kasih atas sokongan yang diberi, dan Insyaallah kami akan terus memperbaiki perkhidmatan dari semasa ke semasa. Terima kasih sekali lagi!
“Resul Keles dari UK memberitahu bungkusan telah diterima.”
Makalenin ilk paragrafinda gecen isim benim
Orda ne diyor bir translate yapsaniz size zahmet, nolmus bana
Selam Resul Hoca,
O kelimenin anlami Ingiltere’den Resul Keles bugun siparisinin (paketinin) kendisine ulastigini bildirdi.
Anyway, sorry it’s in Malayca, Hocam..
This article is telling about rahmat from Allah, which can be related with the ayat from Surah Alam Nashrah – Innama’al Usri Yusra, based on my experience handling some problems of AyzaGursoy.Com.. Sorry to mention your name ya, Hocam.
Thank you, and wassalam.
Ooo Resül hoca, sen buralara uğrarmıydın?
Sana selam olsun. Hadi kendine iyi bak. Bir ara fırsatını bulursan çay içmeye de bekleriz. Yola çıkmadan evvel haber ver, çayları demleyelim.
Vealeykumselam
Allah razi olsun zahmet verip cevapladiginiz icin. Ismimin telif haklari bana ait olmasina ragmen, izinsiz cogaltilmadikca istediiniz gibi kullanabilirsiniz
Ugramazmiyim hocam, ayip ettiniz
Insallah diyelim hocam, bir gun oda olur. Bende sizi pizza yemeye davet edeyim
Buyurun gelin insallah. O yukarda ki karinca misali boyundan buyuk isler yapan yumurcakta sizin muhtemelen hocam, Allah bagislasin..
Selam ve dua ile…