Sebulan lebih tidak mengait. Jari-jemari keras sudah rasanya.. Sambil mencari-cari teknik mengait untuk melajukan proses kaitan di YouTube, saya terjumpa paten kait yang ibu mertua saya kaitkan untuk vest Ertuğrul. Sebelum ini saya merujuk buku untuk membuat paten ini. Melihat tutorialnya, ay Allah.. mudahnya. Çok kolay maşallah!
Heish.. tak sabar nak mengait!
heartknitter@ ayzagursoy.wordpress.com

Alaikum salam Amankim,
Berkat doa kamu, mana tahu saya boleh jadi sebesar nama Ayza Industries, Aminnn. Saya Ayza yang baru nak bertunas, Amankim..
Alhamdulillah, import-export kecil-kecil tu masih berjalan dengan izin Allah. Syukurlah. Oh ya, Ayza Industries? Ay Allah, tersenyum lebar saya!
Ertugrul pun pernah tegur, “Hey Mama, itu lori Mama ya?” Eish, bukan.. nama je nama macam Mama..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hari ini (8 Nov) hari yang sangat istimewa… Selamat Hari Jadi, Donutku! Semoga Allah memberi rahmat yang melimpah ruah buatmu.
salam..mcm mn nk mulakan untuk kait akas meja empat segi..susah la..
Salam,
Nak mulakan kait untuk alas meja, tidaklah sesusah mana selagi kamu tahu cara mengait. Lebih mudah lagi jika ada carta atau pattern. Empat segi, bulat, bujur etc, adalah lebih baik jika kamu dapatkan patternnya terlebih dahulu supaya usaha tidak terbuang begitu sahaja.
Alas meja empat segi boleh juga dibuat daripada kepingan-kepingan filet yang dicantum-cantumkan. Saya cadangkan kamu dapatkan buku kait satu (crochet) yang dalam bahasa Jepun, kerana selain patternnya yang cantik, chart-nya senang dibaca dan difahami.