
Spouse Program dibatalkan??? Oh, sejak bila?
..

Baru minggu lepas Baba saya ke Jabatan Imigresen. Mereka berikan senarai semak supaya Baba sediakan semua dokumen untuk lanjutan Spouse Program. Tak cakap apa-apa pun?!
..

Ahh.. Ahh! Kasihan Baba saya, Mama saya. Banyak dokumen perlu disediakan. Kenapa perlu buang masa Baba dan Mama saya?! Mama saya sudah tanyakan tadi semasa di imigresen, “Kenapa batal? Minggu lepas tak beritahu pun?” Dan pegawai imigresen itu beritahu, “Ini bukan dari kita, Puan. Ini pihak kementerian yang beri arahan..” Oh Mamaku, Babaku.. jangan bersedih ya?!
..

Saya pun ikut tadi, Abang Ertugrul pun ikut sama. Mereka mahu lihat kami sekeluarga semasa buat permohonan. Mama penat dukung saya semasa berdiri di kaunter. Kami dua beradik Mama pakaikan baju warna biru muda, tau! Ghee
.. Hmm, kerana Spouse Program telah dibatalkan, jadi Baba saya membuat permohonan Social Pass. Baba saya juga buat permohonan untuk PR (Permanent Resident)..
..

Saya lihat Mama isi borang. Dalam borang itu bertanyakan apa alasan Baba saya untuk memohon mendapat taraf Penduduk Tetap. Heish, susah sangatkah nak jawab? Baba saya kan kahwin dengan Mama saya. Jap saya kira.. Saya, abang, dua-dua lahir di sini. Kamikan warganegara.. saya baru ambil MyKid saya hari ini. Hmm, apa lagi? Kalau nak dikira dengan jari kecil saya takkan cukup untuk menyenaraikan seribu alasan kukuh mengapa Baba saya layak mendapatkan taraf PR. Baba kata, proses ini ambil masa dari 1 hingga 3 tahun. Kenapa lama sangat? Heish, susahkan Mama dengan Baba, yaw!! Harap-harap semuanya berjalan dengan mudah.
..

Hm, Baba dan Mama minta Abang Ertugrul dan saya doakan semoga permohonan itu berjaya. Saya harap pun macam tu, kerana Mama sudah cukup merajuk dengan Malaysia. ![]()
Baru-baru ini Mama ditawarkan lagi untuk menjadi warganegara Turki. Ey Allahim! Mama saya sudah banyak terguris dengan ketidak adilan undang-undang negara ini. Mama cinta bahasanya, mengangkat bangsanya, menghargai negaranya. Tetapi negara membenci bahasanya, merendahkan bangsanya, dan menidakkan haknya. Ey Allahim! Mudahkanlah permohonan ini. Janganlah kebencian dan perasaan tergurisnya menyebabkan Mama saya tidak di sini lagi nanti. Amin ya Rab.
Ismail Zubeyr Gazi Gursoy
@ayzagursoywordpress.com

Salam. Mak Ngah mahu gigit pipi gentol, gigit jari gebu, gigit betis gebu… mahu cium mata yang ada bulu mata lentik… Aggghhh… tergodanya hatiku ini… Oh, Ismail, Mak Ngah sangat jatuh cinta, sayang sesangat, cair luluh hatiku memandang ke-kiutan-mu… Aggghhh… tak boleh tahan…
Oh Mak Ngahku.. *hugs*
Janganlah merajuk lagi Ayza, kesian kat kami-kami semua nih..!
Salam Zana,
Ihihiks! Pandai la kamu buat orang gelak tau!
Selam abla. nasilsin? turkce ogreniyorum
senin ismail cok guzel, masallah
kebab ve iskander yapmasini biliyormusunuz?
bugun turk rastladim [terpinga-pinga try ckp turkish..at last ckp arab je..huhu]
akk, if ade turkish recipe style malay punya, could u share with me? hehe..tesekkuler.
Selam guzelim ell..
Ben iyiyim, cok sukur Elhamdulillah. Sen nasil? Iyimisiniz?
Tebrikler! Hebat tu, ell pandai cakap Turki lah!!
Kebab ada macam-macam jenis. Nak yang mana satu? Iskender kebap ni Kak Ayza ada cuba sekali dua.. cuma beza yang Kak Ayza buat, dagingnya yang sepatut disalai/bakar Kak Ayza potong nipis-nipis dahulu dan goreng. Bawahnya ada base roti. Kemudian layer-kan daging, kemudian salca (tomato puree bergaram) then ulang berkali-kali. Dimakan bersama yogurt.
Nanti Kak Ayza carikan resepi-resepi Turki yang Kak Ayza biasa buat.. then I’ll share it here, Insyaallah.