Bahan ini saya ambil dari blog Prof Abdullah, yang saya rasakan amat cantik bahasanya. Terima kasih kepada Prof Abdullah kerana menyiarkannya di media blog.

Tanda orang yang tahu diri,
bercakap bahasanya sendiri.
Tanda orang yang memuliakan bangsa,
kepada bahasanya ia berbangga.
Tanda orang yang menjaga maruah,
bahasanya tidak dipandang rendah.
Tanda orang memegang adat,
bahasa sendiri yang ia angkat
Tanda orang berakal berbudi,
bangga kepada bahasa sendiri.
Tanda orang berfikiran panjang,
bahasa sendiri yang ia julang.
Tanda orang berhati mulia,
bahasa sendiri yang ia pelihara.
Tanda orang bebal dan dungu,
berbahasa sendiri ia malu.
Tanda orang yang malang,
bahasa sendiri ia membuang.
Bapak Dr. Tenas Effendy, karyawan tamu, Akademi Pengajian Melayu, UM
