Pagi ini jam 5.05 pagi, saya menerima SMS dari kakak saya. Katanya beliau dan jemaah haji yang lain sedang berhenti rehat. Mereka dalam perjalanan ke Makkah, 18 buah bas yang berkonvoi dari Madinah.
“R&R dia cam tu jugak. Ada restoran mamak lampu laplip..”
Beberapa hari lepas semasa menelefon kami, kakak saya memberitahu -
“Aja, ramai orang Turki di sini. Kak Ngah asyik kena cium aje.. ” katanya tergelak.
Orang Turki memang begitu. Suka benar memeluk dan mencium – kenal atau tidak. Luhur saja berbuat demikian. Pakcik-pakciknya yang sudah tua, sukar sekali tersenyum. Manakala makcik-makciknya yang sudah tua ramah sekali ingin bercakap, seolah-olah semua orang faham bahasa Turki. Mehmet pernah bercerita kepada saya tentang gelagat sesetengah bangsanya apabila memasuki Tanah Suci Makkah/Madinah.
“Mereka fikir semua orang bercakap dalam bahasa Turki. Jadi bila dengar Azan dilaungkan, jadi mereka kata – Oh sama ya dengan di Turki?!
,” cerita Mehmet.
Saya kira mereka sudah pun memasuki Makkah waktu ini. Allahim, peliharalah mereka selalu dalam lindunganMu, selamatkan iman mereka dan permudahkanlah urusan ibadah mereka. Amin.
Khabarnya 21 November ini seluruh jemaah haji Malaysia akan berada di Makkah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, InshaAllah!
salam@ ayzagursoy.wordpress.com
