Selam!
(Jari Manis Knit it! kini dipindahkan ke blog baru babynur.wordpress.com – sila klik!)
Syukurlah, AyzaGursoy.WordPress baru saja di’upgrade’ semalam..
Cerita ceriti tentang Kait 1 & Kait 2 ![]()
Saya mula mempelajari Kait 1 (Crocheting) sewaktu berusia 11 tahun di Darjah 5, SRK Seri Bandar. Sejak kematian ayah, saya berpindah ke sekolah baru ini, jauh dari sekolah lama saya. Sepanjang tahun di Darjah 4, tiada apa yang menarik perhatian saya ketika waktu Pendidikan Seni. Setelah memasuki tahun seterusnya, keadaan lebih baik setelah Puan Rosmawati ditugaskan untuk menjadi guru kelas dan guru Pendidikan seni kami. Projek pertama yang saya rasakan suatu pembaharuan adalah membuat selimut kait 1. Puan Rosmawati mengajar kami membuat filet 4 persegi selebar 5″x5″. Kami membuat berpuluh keping filet. Saya membuat filet berwarna putih manakala Azlina membuat filet berwarna ungu. 2 minggu kemudian, setelah siap, Puan Rosmawati mencantum kepingan-kepingan itu menjadi sehelai selimut kecil yang sungguh cantik! Selimut itu kemudiannya dijadikan bahan pameran untuk dipamerkan kepada ibubapa dan keluarga yang datang pada hari terbuka sekolah akhir tahun. Wau bulan saya juga terpilih untuk dipamerkan. Seronoknya!
Setelah masuk ke sekolah menengah, kait 1 saya mula tenggelam timbul. Saya mula beralih kepada kait 2 (Knitting) setelah suatu hari saya meminta ibu mengajarkan kait 2 dengan 2 batang jarum panjang yang saya jumpa di dalam kotak lama. Kait 2 juga tidak aktif setelah itu dek sibuk dengan PMR dan seterusnya SPM.
Ianya bangkit semula setelah saya berkahwin pada awal tahun 2002 apabila suami saya meminta untuk mengaitkannya stoking. Sejak itu saya mula mencari buku-buku di perpustakaan, kedai buku, dan Internet. Pada tahun 2003 sewaktu pulang ke Turki, saya berkesempatan untuk belajar kait 1 yang dipanggil Oya dan juga knitting. Jika di sini saya mengait dengan saiz jarum besar dan benang kasar, di sana saya memulakannya dengan jarum dan benang paling halus, yang biasa dijahit di tepi tudung Yazma. Tidak kira sama ada di rumah, di perhentian bas, di dalam kenderaan dan di mana-mana sahaja, majoriti wanita Turki suka benar dengan knitting. Ada saja beg kecil yang mereka bawa berisi jarum dan benang. Lepak sikit – jahit, singgah sana sini, jahit. Persekitaran ini membuat saya teruja untuk mempelajarinya. Denizli adalah di antara tempat pengeluar barangan tekstil terbesar Turki setelah Bursa, Aydın, Trabzon, Adapazarı dan beberapa tempat lain. Jadi, bayangkan benang-benang kaitnya! Oh Tuhan, saya leka menilik satu-persatu benang-benangnya.. Macam-macam jenis. Di Kaleiçi ada banyak kedai benang, dan ada yang menjual secara borong. Saya sempat membeli beberapa jenis benang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saya juga membeli beberapa naskah Kanaviçe (cross-stitch) yang setiap keluarannya mempunyai pattern untuk Sajjadah buatan tangan. Pattern Oya juga boleh didapati dengan mudah. Di kedai-kedai benang anda boleh dapatkan dengan percuma, hanya perlu memintanya dari tuan kedai. Jika bernasib baik, tuan kedai akan mengumpulkan untuk anda. Di kedai-kedai runcit juga ada menjual pattern mini yang bernilai beberapa kuruş (sebut – Kurush – nilai sen di Turki).
Pengalaman belajar Oya memang seronok. Ibu mertua saya ketawa melihat saya memegang jarum Oya seperti memegang pensel, dan membetulkan tangan saya agar memegangnya seperti pisau. Saya diberi sehelai yazma warna putih dan diajar mengOya di sekelilingnya dengan pattern mudah. Yazma adalah tudung yang biasa dipakai wanita Turki di dalam rumah dan ketika bersiar ke rumah-rumah jiran. Di tepi yazma ada border (bordiran) yang dikait. Cantik sekali. Bercakap tentang knitting pula, saya pada awalnya hanya tahu ‘cast on’ dan tahu ‘purl stitch’ sahaja. Saya membeli banyak buku, dan telah habis ratusan ringgit untuk belajar knitting. Knitting yang saya rasakan cukup susah, tapi mudah saja sebenarnya. Kata-kata Saffet Yenge terngiang-ngiang di telinga saya..“Çok kolay Nurhayze, çok kolay..!” (Mudah sangat Nurhaiza, mudah sangat!) Betul, ia memang mudah. Mula-mula memang merangkak, tetapi lama-lama, anda boleh lakukannya tanpa melihatnya pun..
Selain belajar dengan orang perseorangan, buku dan majalah, saya banyak belajar di Internet.
Secara ringkas, knitting terdiri daripada 2 batang jarum panjang dan benang. Jarum ada pelbagai saiz yang perlu disesuaikan dengan saiz benang. Jahitan dalam knitting pula terdiri daripada Cast On (base/dasar jahitan untuk memulakan), Knit Stitch dan Purl Stitch. Untuk memulainya, anda perlu faham bagaimana untuk Cast On, kemudian membuat Knit dan Purl. Ini asasnya. Pattern asas yang perlu anda tahu adalah Garter dan Stockinette. Dan akhir sekali Cast Off (menutup jahitan atau dipanggil BO – Bind Off). Saya lebih senang menggunakan istilah bahasa Inggeris kerana di ruangan maya dan buku-buku lebih banyak menggunakan istilah ini berbanding bahasa Melayu seperti kait dua belakang, kait dua depan etc yang ada waktu mengelirukan. Setelah anda mengetahui asas Cast On, Cast Off, Knit dan Purl, anda boleh beralih kepada jenis-jenis jahitan lain yang lebih detail dan pelbagai fungsinya. Selain itu knitting tidak terhad kepada 2 jarum, tetapi 3, 4 dan 5 jarum. Oh Tuhan, pengalaman pertama menyiapkan sepasang sarung kaki dengan menggunakan 4 jarum amat menyeronokkan!
Ingin cuba? Mungkin video di bawah ini dapat memberi manfaat untuk anda. Terpulang sama ada anda berminat menggunakan cara Continental atau English Method, kedua-duanya tetap memberi efek yang sama. Selamat mencuba! ![]()
Cast On
Knit Stitch
Purl Stitch
Bind Off/Cast Off

assalamualaikum..sekian lama mencari, saya jumpa orang yang sama minat dengan saya…
tapi kesibukan kuliah membuatkan projek kait banyak yang terbengkalai…
mengait membuatkan minda jadi lebih kreatif, sekurang-kurangnya perkara yang lebih baik dari menghabiskan masa tanpa membuat apa…kan?
terima salam perkenalan dari saya..
sehingga kunjungan saya yang seterusnya…jaga diri.
Alaikum salam Moneirah,
Mengait memang membuat minda lebih kreatif.. pada masa yang sama menjadi satu terapi minda supaya jiwa jadi tenang, lebih fokus dan beri ruang untuk kita berfikir dengan tersusun.. di samping dapat menumpu tafakkur dan bertasbih memujiNya.. setuju?
Selamat menjadi sahabat..
Moga Allah merahmati kamu.
Ayza, saya bermula dari majalah Simply Knitting yang keluaran lama yang dijual di Malaysia. Pada mulanya cuma berharga RM13, tapi sekarang RM 29.50. Cukup-cukuplah, tetapi kalau ada di depan mata, saya jadi tak tahan juga.
Selendang renda saya sudah hampir siap. Nanti saya letakkan gambarnya di dalam blog.
Di Turki, benangnya mesti elok kan? Malaysia tidak banyak pilihan. Saya punya impian memiliki sebuah kedai kraf yang comel.
Saya terharu dengan ayat kamu di atas..
Senyum selalu, dan Semoga Allah merahmati kamu juga…
Ayza: Salam Moneirah. Di Turki ada banyak pilihan benang yang baik kualitinya, dan wajar ia begitu kerana wanita di sana tidak kira kecil atau besar memang meminati hobi mengait. Simply Knitting memang sedikit mahal, tetapi berbaloi kerana banyak informasi praktikal dan projek-projeknya yang menawan hati..
Saya doakan moga impian kamu memiliki kedai kraf yang comel itu jadi kenyataan, Moneirah.
Allah’a emanet olun.
assalamualaikum….
zana biasa kait 1 jarum jer… tu pn baru lagi belajar….x pandai langsung kait 2 jarum nieh… teringin gak nak cuba buat…. tp masih x faham lagi cara2nya….
Ayza: Alaikum salam Zana, terima kasih sudi ke sini. Asasnya, kalau biasa kait 1, Insyaallah kait 2 tiada masalah. Ada sesetengah orang yang mengait, sebelah tangan pegang jarum knitting, sebelah lagi jarum crochet..
Crochet & Knitting ni adik beradik.. Zana boleh e-mail saya di ayzagursoy@gmail.com atau bincang di sini pun boleh jika ingin belajar asasnya. Sahabat kita Moneirah pun ada..
SALaM…
YEs, bunyinya macam kita boleh buat e-group versi Malaysia…seronoknya!
Zana, selamat bersahabat…
Pesta buku KL yang lalu saya ada membeli buku 100 crochet patterns terbitan Sterling. hehe..
Singgah juga ke Selvan dan terjumpa majalah Interweave Crochet keluaran USA. Nasib baik cuma RM5..yang pasti duit kopak tapi pustaka corak krusye saya bertambah…=)
Alaikum salam adikku Moneirah,
Apa khabar kamu? Ya, pasti bagus kalau kita boleh wujudkan e-group versi Malaysia. Kak Ayza tak banyak collection buku Crochet, yang latest tajuknya A-Z to Crochet dari Country Bumpkin Publications. Aduh, cuma RM5? Hmm.. sayang tak dapat ke Pesta Buku hari tu, kalau tak mesti best dapat shopping buku.. Tak apa Moneirah, kopak untuk buku banyak bawa faedah.
Moneirah dah selesai peperiksaan? Wish u best of luck, ya!
Allah razi olsun.
Assalamualaikum…
Topik yg sudah lama saya ingin kongsikan dgn ‘teman2′ yg mengerti tentang minat kait-mengait ini. Saya mmg berminat, membeli buku tapi tak ada ‘cikgu’ untk belajar…Paling yg saya teringin sangat nak buat ialah kasut baby…comel sangat…
Salam perkenalan Ayza…
Alaikum Salam Ruhaizah,
Terima kasih sudi ke sini. Bertambah seorang lagi teman yang mempunyai minat yang sama. Untuk pengetahuan Iza, saya juga ketandusan guru untuk belajar. Tetapi kemudian saya dapati buku jugalah guru terbaik untuk kita pelajari seni kerajinan tangan. Perlu cari buku-buku yang sesuai, yang ada step-by-step lengkap, etc. Iza teringin buat kasut baby ya? Baby booties memang comel. Saya pernah buat baby booties guna jarum kait dua. Insyaallah ada kesempatan nanti kita kongsikan bersama di artikel akan datang.
Salam ukhuwah buat Iza.
Assalamualaikum…
Saya setuju…buku adalah guru pertama yg kita temui. Pembacaan drpd buku adalah ilmu pertama dlm mmpelajari sesuatu prkara. Entah…mgkin hanya yg ada minat seperti kita ini shj mengerti tntg keasyikan melihat buku/hasil kerja seni yg kita sukai. Buku prtama yg saya miliki adalah terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd…mungkin satu2 nya buku kait jarum dua trbitan org kita yg ada di pasaran.
Puas rasanya mmpelajari sesuatu dgn minat yg terbit dr hati. Cuma masa shj yg sering trisi dgn kesibukan bkerja dan belajar….Nak tunggu cuti semester bln hdpan…
Ayza kumpulkan lah idea2 atau rekaan menarik ilham sendiri. Mana tahu boleh menerbitkn buku di Malaysia…atau sudah ada diterbitkn…mana tahu mgkin saya trlepas tntg perkembangan itu…
Slm sayang buat Ayza…pertemuan kita di alam siber ini adalah RahmatNya…Alhamdulillah…
Alaikum salam sahabatku Ruhaizah,
.. Saya masih banyak yang perlu belajar.. Tapi tak mustahil jika pada masa akan datang kita yang mempunyai minat yang sama bergabung usaha menerbitkan sebuah buku, atau mungkin majalah seni kerajinan tangan bulanan yang dapat dimanfaat oleh masyarakat ramai. Siapa tahu, bukan?
Di Indonesia sudah ada banyak kumpulan peminat knitting/crochet yang serius, membuka laman web khas utk ahli dan orang ramai seperti Merajut.Com utk sama-sama berkongsi minat yang sama.
Benar kata kamu, satu kepuasan apabila kita dapat mempelajari sesuatu atas minat dan usaha yang datang dari diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Terbitkan buku? Oh Allah, moga harapan kamu itu dikabulkan Allah suatu masa nanti
Selain buku kait dua terbitan Utusan, ada sebuah lagi buku yang memuatkan tentang kait dua terbitan Alaf 21 (isinya pelbagai, ada kait dua, kait satu, cross stitch, sulam etc). Saya tidak menidakkan buku-buku tersebut, tetapi sejujurnya sukar untuk difahami apa yg diajarkan. Mujurlah ada gambar yang boleh dirujuk. Apa pun, tahniah buat penulis-penulisnya, sekurang-kurangnya mereka telah berusaha menerbitkannya untuk generasi hari ini. Moga ia dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang, Insyaallah..
Salam sayang juga buat kamu Ruhaizah.. Allah razi olsun!
Assalamualaikum…
saya amat minat mengait, tapi yang tahu cuma jarum satu.
saya ingin belajar jarum 2, circular knitting..
Tahu tak saya beli dimana ??? Bulan Jun 2008 baru ini, saya
pergi Istanbul.. last day saya dapat beli benang dan jarum
knitting..
kalau boleh ada orang ajar saya knitting ini.
Terima kasih..
Salam Alaikum
Alaikum salam Ramziah.
Terima kasih sudi ke sini. Beli benang dan jarum knitting di Istanbul ya? Ay Allah.. ni dah beli jauh-jauh ni mesti pastikan tahu mengait dua selepas ni tau!
Kalau dekat-dekat, boleh ke sini belajar face-to-face. Di atas ada saya sertakan video untuk langkah-langkah asas yang saya dapati di Internet. Di knittinghelp.com ada ditunjukkan cara continental dan english method. Nak senang faham, English method, tapi lebih praktikal cara continental. Ikut suka masing-masing. Basic dia, cast on, lepas tu kena tahu cara kait ‘Knit’ – kait atas, dan ‘Purl’ – kait bawah. Then Bind off. Kalau ini dah okay, boleh apply banyak jenis stitches lagi.
Kamu boleh belajar dari lihat gambar?
Salam Ayz.. Salam Ukhwah..
lebih mesra Ayza boleh panggil saya Kak Ramziah.
Knitting tu.. sebenarnya saya ni boleh dikatakan ‘buta’ knitting… tak tau langsung.. dengan video tak taulah… boleh dapat ke tak.. saya akan cuba. Hati memang minat sangat.. jarum satu tu… boleh la.. sikit-sikit..
Kak Ramziah pun rasa teringin nak jumpa Ayza.. bukan apa menambahkan kawan-kawan.. Ayza tinggal kat mana ?..
.. jangan kata kat Turki pulak..??
kalau ada idea-idea bisnes boleh la cerita pada saya nanti.
Ok setakat ini dulu .. & terima kasih banyak-banyak
Wassalam. (My phone no. 017-6045664)
Alaikum salam sahabatku Kak Ramziah,
Mohon maaf pada Kak Ramziah dan pengunjung blog ini. Sedikit sibuk kebelakangan ini. Tentang knitting, saya juga masih amatur. Masih perlu merujuk buku-buku, video-video online menerusi YouTube, majalah knitting (Simply Knitting dan Knit It).. saya tak berhenti mencari walaupun masa terhad. Menonton kartun Shaun The Sheep mengait baju panas untuk anak-anak ayam pun saya perhatikan caranya memegang jarum..
Teruja dengan apa saja unsur knitting.
Saya sekarang tinggal di Melaka (bukan Turki
), amat hampir dengan Multimedia University dan tidak jauh dari MiTC (Melaka International Trade Centre).Insyaallah, kalau berkesempatan kita dapat jumpa suatu hari nanti. E-mel saya di ayzagursoy@gmail.com (maaf semua, saya tidak gemar menggunakan telefon bimbit
)
assalamualaikum. lama dah tak menjenguk..alhamdulillah, saya sihat dan kehidupan saya kini tenang.
apa kata kita mulakan kumpulan kita bermula di KL…yang penting mesti ada langkah pertama…
kak Ayza…akak start la e-group Yahoo ke…
kat sini saya ada tip nak kongsi dengan semua…ada banyak web site yang baik tentang knitting dan crochetting ni…memangla setakat ni banyak bahasa Inggeris…tetapi ada jugak yang mudah..paling menghampiri…site Indon…
ni link dia…
http://www.craftandme.com
http://www.knitpicks.com
http://www.knittingdaily.com
http://www.interweavecrochet.com
lebih2 lagi, kena tunggu la ek,..boleh contact saya…
Salam adikku Moneirah,
Maaf lewat membalas mesej ini. Alhamdulillah kamu sihat, dan moga Allah terus menerus memberi ketenangan dalam hati dan fikiran kita. Bagus idea kamu, kita perlu lakukan langkah pertama. Yahoo e-group ya? Mmm.. nanti kita chit-chat thru YM hal ini. Kak Ayza bimbang kalau tak dapat beri komitmen sebab kerja cukup banyak perlu dibuat setiap hari..(hey lihat blog Kak Ayza, berhabuk selalu tau!
) Tapi tak mustahil untuk kita lakukannya, Insyaallah kena waktunya, kita start projek ni sama-sama. Masa yang sama kita tambah lagi informasi, buat cable stitch, buat socks guna 2 circular needle, etc etc.. supaya sampai hari kita nak mula buat kelas, kita dah ada complete info utk kita ajarkan kepada orang lain.
Terima kasih untuk perkongsian link yang kamu beri. Moga ia bermanfaat untuk pembaca semua. Kak Ayza tengah jenguk-jenguk pengeluar benang di China, ambil quotation dan sample-sample benang.. hihi.. kita mimpi-mimpi – buat research – buat catatan – baca banyak2 – praktis banyak2 – then… jeng jeng jeng!
Salam semua….
dah tak ada apa-apa cerita ke sekarang??
Selamat menyambut Ramadhan..
Wassalam.
Salam Kak Ramziah,
Apa khabar? Ay Allah, maaf Kak Ramziah.. lama tak update blog ni. Cerita banyak, tapi tak sempat nak dicatat ke blog. Kak Ramziah di mana ya? (Ha, jangan kata di Istanbul skrg ni..
) Salam Ramadhan Al Mubarak buat Kak Ramziah juga.
Salam Ukhwah Ayza.. dan teman-teman yang lain..
Ramadhan Kareem wal Mubarak… Selamat menjalani ibadah puasa..
Ya.. Allah.. dah lama tak bercerita.. Kak Ramziah sebenarnya
tinggal dekat dengan Jalan Genting Kelang, Setapak, KL.
(Kuarters Tentera Kem Wardieburn).
Ayza, Kak Ramziah baru hampir 2 bulan memulakan bisnes
kek dari rumah..sambil bekerja jadi Kak Ramziah macam
betul-betul sibuk… sambil kerja dan ambil tempahan kek.
Setakat ini alhamdulillah..ada kawan2 yang beri sokongan
Kalau ada dtg KL & nak rasa kek saya, call lah ye..
Wassalam.
Assalamualaikum Kak Ramziah,
Lama tak dengar berita. Terima kasih sudi ke sini lagi.
Tahniah kat Kak Ramziah dah buka bisnes kek. Mesti sibuk ni dah dekat nak raya. Insyaallah ada kesempatan nanti boleh rasa kek Kak Ramziah ni.. Saya doakan semoga bisnes Kak Ramziah sukses, Insyaallah! Aminnnn..!
Assalamualaikum..wbt..
Ayza and sisters..
Salam ukhwah.. penyeri di Syawal yang mulia ini.
Semoga semua sejahtera sentiasa untuk menambah lagi
bekal amalan ..
Wassalam.
Alaikum salam Kak Ramziah,
Salam ukhuwah dan salam Aidilfitri, maaf zahir batin ya..
Bagaimana dengan Aidilfitri? Moga ceria selalu!
Assamualaikum….
Saudari Ayza, saya begitu tertarik untuk sama-sama belajar seni knitting tapi saya langsung tak tahu dan tak pernah belajar. boleh saudari tolong ajarkan saya tak
assalamualaikum ayza…akak pun mmg minat mengait..ada jgk la hasil kerastangan akak..he he..pastu akak cuba kait jarum 2, beli buku alaf21 tu dan tnk lam tenet…akak dh boleh la buat basic tp bila nak cuba but baby boot x jadi la……frust sesangat tau…pastu semalam akak jumpa blog ayza ni..semangat semula…terliur rasanya nk beli benang dan buku kt sana tp bolehke?
assalamualaikum…
ayza, lama x masuk kat sini… apa khabar?
zana lebih suka mengait jarum satu dgn menggunakan diagram… lebih senang difahami…. susah laa zana cari cth2 diagram..
assalamualaikum ayza…
akhirnya bertemu juga teman-teman yg minat mengait…
alhamdulillah saya dah ada asas-asas mengait guna 1 jarum atau 2 jarum….cuma belum ada hasil yg sempurna lg…
apa yg ingin saya kongsikan di sini ialah benang kaitnya..
ditempat saya hanya jumpa benang bulu minlon atau nona sahaja..mungkin di Turki mempunyai benang yg lebih lembut n lebih sesuai untuk dijadikan baju atau selimut baby…
boleh tak ayza kongsikan jenis-jenis benang yg terdapat di Turki…sama tak kualiti benang minlon/nona dengan benang di Turki?
terima kasih…..
salam……..pn. ayza,
sudah lama saya hanya membaca, tetiba saya ingin menulis dan berkenalan serta berminat untuk melihat diagram2 yg pn ada……..khususnya bag. mohon emailkan bulehhhhhhh
wasalam.
syukran jazilan,,,,,
assalamaualaikum kak…
apa khabar…saya pernah email pada akak mengenai benang dari turki..boleh tau quotation harga termasuk shipping jika ada..kalau ada aksesori seperti stich holder..stitch marker..double pointed needle dll..lagi bagus..
salam perkenalan
natrah
putrajaya